Terms and Conditions

    Persoalan:

    Sebarang persoalan berkaitan barangan atau untuk menghubungi kami, sila berbuat demikian di 'Contact Us Form'.


    Cara Pembelian:

    1. Pilih produk yang diingini di katalog atau di carian mudah (kotak sebelah kanan).

    2. Setelah membuat keputusan untuk membeli, isikan butir-butir yang terdapat di 'Order Form' dengan lengkap.

    3. Hantarkan pesanan anda dan tunggu balasan email dari kami. InsyaAllah kami akan sentiasa membalas email anda secepat yang mampu.

    4. Setelah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (pembeli dan penjual), anda dikehendaki untuk membayar semuajumlah bayaran anda terlebih dahulu sebelum kami menghantarkan barangan yang diingini (harga barangan + kos penghantaran).

    5. Sekiranya anda ingin menerima nombor 'track and trace' barangan anda, anda bolehlah email kami untuk mendapatkannya. Kami akan menghantar barangan anda pada setiap hari rabu dan sabtu.


    *Cara penghantaran:

    Terdapat dua jenis penghantaran iaitu Pos Laju dan Pos Express. Sila nyatakan jenis penghantaran yang anda kehendaki di dalam 'Order Form'. Kos penghantaran boleh berubah bergantung pada kos penghantaran yang dikenakan oleh perkhimatan yang digunakan (pihak Pos Malaysia). Anda boleh mengesan barangan anda melalui nombor 'track and trace' dengan memasukkannya di SINI.


    *Perkhidmatan kemasukkan duit pembelian (Bank In)

    Buat masa ini, kami hanya menerima kemasukan duit pembelian melalui 2 jenis bank iaitu Bank Islam dan Maybank. Sila nyatakan perkhidmatan yang anda kehendaki untuk memasukkan duit pembelian anda sewaktu mengisi 'Order Form'. Nombor akaun bank akan kami berikan setelah persetujuan telah dicapai. Sila simpan resit kemasukan duit pembelian sebagai bukti dan rujukan kelak.


    *Barangan jualan:

    1. Setiap barangan yang telah dijual, tidak boleh ditukar dan dikembalikan. Sila dapatkan maklumat penting dan membuat pengesahan sebelum membuat sebarang pembelian dan pembayaran.

    2. Setiap barangan yang dijual adalah barangan baru yang tidak pernah digunakan. Sekiranya bukan, produk tersebut akan dinyatakan keadaan asalnya atau masih dalam keadaan yang baik.

    3. Pembelian barangan hanya sah untuk tempoh 24 jam sahaja. Sekiranya tiada makluman balas daripada pihak pembeli setelah setuju dengan pembelian, pembelian tersebut akan dibatalkan dengan serta merta.

    4. Harga barangan adalah tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran akan dimaklumkan di katalog atau akan diberitahu setelah perbincangan.

    5. Setelah barangan anda diposkan, kami tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan dan kehilangan. Namun, kami akan memastikan barangan anda akan dikirim dengan langkah-langkah keselamatan agar ianya tidak rosak.


    *Bergantung pada setiap perubahan dari semasa ke semasa.

    Kami berharap anda jelas dengan segala terma dan syarat ini. Sila berhubung dengan kami sekiranya terdapat sebarang masalah sepanjang berurusniaga dengan kami di SINI. Sekian, terima kasih.


    Selamat Datang!

    Kunjungan anda yang ke
    hit counters
    pada
    Terima kasih. Datang lagi!